Love and Love / Sayang dan Menyayangi

To love yourself are harder than to love others.

Menyayangi diri sendiri adalah sukar dari menyayangi orang lain.

Monday, March 21, 2011

Jumaat 16 Jun 1996

Pelajaran ada di mana sahaja. Tak kira di rumah, tadika atau di sekolah ataupun di universiti mahupun di pejabat. Bersama ataupu dengan ibu, guru atau orang yang lebih tua. Pelajaran, pengalaman, kegembiraan, keseronokkan tanpa kebimbangan diperolehi dengan kanak-kanak yang kecil. Itulah yang kekal dihati.

Manusia sering ingin merasa rendah diri tetapi tanpa disedari kata-kata merendah diri menjadi peninggi diri.

Usah menabur budi cemburu isi hati adalah ragam hidup kita.. Apa yang dicakap seseorang tidak seperti perbuatan yang dicakapkan. 

Perjanjian tertakluk kepada budi bicara dan keimanan. 

Kekuatan itu terdidik dari hasil keringat daripada kedua-dua orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita.  

Kepandaian tidak boleh diukur dengan kecekapan. Kecekapan tidak boleh disamakan dengan kebijaksanaan. Keangkuhan manusia harus dileburkan dengan kerendahan suara dan ketinggian budi.

Friday, February 25, 2011

Jumaat, 5/7/1996

Kehidupan, 
Kehidupan yang ku anggap remeh kerana pemikiran yang remeh-temeh. Kehidupan akan menjadi senang jikalau kita menganggapnya senang dan bersyukur kepada ILAHI. 

Kehidupan mengajar kita erti persahabatan, kasih-sayang, benci, kasihan dan pelbagai rencah perasaan. Diri sendiri dan alam mencorakkan identiti seseorang itu. 

Kehidupan, kesengsaraan adalah salah satu kematangan kehidupan yang harus ditempuh. Jalan yang berliku-liku seharusnya diterima dengan ketabahan dan kesyukuran yang seada-adanya. Keberkatan menjadi pegangan dan ikutan.

Ketakutan, merendah diri dan mementingkan kesempurnaan adalah satu hakikat memusnahkan diri dan pergaulan. 

ALLAH itu Maha Agung, sebagai manusia, saya bersyukur dengan pemberian-Nya tetapi saya, kita sering mengutuk ketentuan-Nya. Sebagai makhluk ciptaan-Nya ADAKAH KITA TIDAK TAHU MENGSYUKURI NIKMAT-NYA?

Didalam diri manusia terbahagi kepada bahagian-bahagian yang banyak tetapi manusia selalu alpa dengan kebahagian yang terpenting itu. Apakah dia, kita sendiri tahu????????????????????? 

Manusia sering meminta-minta segala-galanya daripada ALLAH. kekayaan, kejayaan, kesempurnaan dan semua yang terbaik tetapi tidak pernah meminta supaya kusyuk kepada ALLAH hanya dalam solat 5 waktu sehari semalam.

Kekayaan adalah diri dan peribadi kita sendiri..................

Thursday, February 24, 2011

Isnin, 27 May 1996

Manusia seperti lalang yang ditiup angin. Bergoyang apabila angin bertiup, tegak berdiri apabila tiada angin yang bertiup. Walaupun lembut dan kecil batangnya, ia payah untuk dimatikan dan dirosakkan kecuali dengan menggunakan cara yang tertentu. 

Melentur manusia memerlukan semangat yang kuat. Tersalah melentur padahlah akibatnya. 

Dimatanya kulihat ketakutan yang amat sangat tetapi disebalik ketakutannya itu tersembunyi keberanian dan kekuatan yang akan sampai ke penghujungnya.

Ahad, 4 Februari 1996

Kekalahan membuat kita kuat dan tidak takut kepada kekalahan. Kejayaan membuat kita takut kalah. Ketabahan adalah asas penting untuk kejayaan.

Sabtu 21/09/1995

Seseorang ibu tidak akan mati kerana kehilangan anaknya tetapi terputuslah nyawanya. 
Seseorang anak akan mati kerana kehilangan ibunya melainkan ibunya menolong dan membantunya.

Kadangkala nyawa manusia tidak dinilai walaupun sesama manusia. Kesakitan dinilai dengan ketawa dan jenaka oleh manusia. Laknatlah dia................ 

Kesakitan orang lain adalah kesenangan di matanya. Disebabkan nilai itu sendiri sudah berubah.

Saturday, February 19, 2011

Kelunakkan suara, kelembutan perbuatan adalah senjata yang paling angkuh daripada sekeping besi yang dilentur dengan bait-bait kepanasan lahar sembilan puluh sembilan. 

Ujian Allah berdasarkan perbuatan manusia. Kesusahan demi kesusahan dari Allah tetapi setiap yang berlaku adalah dari keangkuhan manusia. Andainya hatimu terbuka, bersyukurlah kepada Allah bukan menyalahi takdir semata-mata. 

Beringat-ingatlah sebelum kita dilaknati Allah. 

Allah tempat kita meminta dan berserah. Kudrat yang diberikan Allah adalah untuk melakukan amalan yang disuruhNya dan membantu dirimu sendiri dan hambaNya yang lain.

Friday, February 18, 2011

19/07/1995

Kata-kata yang bijaksana bukan suatu yang bijak melainkan berterus terang adalah teras kepercayaan. 

Berterus-terang terlalu bahaya sehingga kita mendiamkan diri menunggu gunung berapi yang meledak sehingga memanaskan lubang telinga.

Jumlah kehidupan adalah sama hitungan helaian rambut yang gugur. 
Teras kehidupan adalah jauhari manikam kebijaksanaan.

Pertolongan dan meminta tolong adalah suatu perintah yang benar-benar tegas daripada disuruh orang lain. 

Perkataan yang keluar dari mulut tidak sama dengan hati dan jauh sekali dengan perbuatan.

Friday, February 11, 2011

22/06/1995

Andainya kamu fikir kamu baik anggaplah mereka baik dan berserahlah kepada Allah SWT kerana kita dilarang berburuk sangka sesama manusia. Disebalik keburukan ada kebaikannya. 

Usahlah kamu terlalu baik kerana kebaikan mu cuma tampak kebencian pada manusia yang terlalu berhati perut.

Disebalik kecantikkan itu terdapat bahaya yang kita sendiri tidak tahu atau terfikir. 

Andainya anda bertemu seseorang, berbuatlah baik kepadanya.

Hendaklah kita berfikir sepuluh kali untuk membuat kebaikkan seperti mana kita berfikir untuk membuat kejahatan kerana titik tolak kejayaan bermula dari sikap anda sendiri.

21/06/1995

Kita sering bertanya dimana pusat dunia sehingga tidak pernah habis satu buku bahkan beribu-ribu. Ia terletak di hati kita sendiri.

Kesusahan adalah kemanisan yang tidak dapat dinilai dangan wang dan kekayaan harta. 

Dimatanya ku lihat ketakutan yang amat, sebaliknya ketakutan itu terselit keberanian yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. 

Gambaran gambar adalah kenangan masa lalu walaupun ia pahit untuk ditelan tetapi ia kenangan manis yang mematangkan fikiran.

Setiap binatang di alam ini walaupun seekor kuman ada kegunaannya.

Harimau itu dikatakan seekor binatang yang garang, bengis tetapi tidakkah kita sedar kebengisan itu bermula dari kebaikkan manusia juga.

Wednesday, February 9, 2011

Kasih Sayang Nabi Muhammad SAW

"Umatku masuk surga bukanlah banyak solat dan puasa tetapi disebabkan kemurahan jiwa dan selamatnya hati dengan kasih sayang sesama manusia.

Sifat pengasih bukanlah orang yang menyayangi dirinya sahaja tetapi pengasih itu adalah orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri.

Kasih Sayang

Kasih sayang boleh bertukar sebaliknya pada bila-bila masa ia melahirkan kasih sayang melalui kata-kata mahupun perbuatan. Oleh itu, bersedialah dengan semangat dan hati yang kental.

Andainya, kau menyayangi seseorang itu dengan sepenuh hatimu. Janganlah kamu mengharapkan kasih sayangnya seperti kamu menyayanginya.

Manusia sering dahagakan kasih sayang. Namun begitu seringkali melarikan diri dari menjadi mangsa keadaan yang terdesak.

Kasih sayang seringkali mengungkapkan kebencian. Kasih sayang juga kekadang mengelirukan.

Tanpa Kasih sayang manusia memberontak. Namun, dengan kasih sayang juga manusia memberontak.

Menghargai

Kita sering meminta orang lain untuk menghargai hasil kerja yang kita lakukan tetapi kita sering terlupa untuk menghargai hasil kerja orang lain apatah lagi mengambil peduli. 

Hendaklah kita cuba sedaya-upaya menghargai apa yang kita lakukan. Jangan harapkan apa yang anda harapkan berlaku kerana setiap satu adalah sebaliknya. 

Keangkuhan, kebodohan dan menyalahkan adalah kunci segala kerosakan.

Tuesday, February 8, 2011

Sayang Dan Menyayangi

Kata kakakku; "Sayangi diri anda sendiri sebelum menyayangi orang lain."
Kebenaran kata-katanya membuatku berfikir adakah aku tidak menyayangi diri sendiri?
Jawapan yang diberikanku hanyalah; KENAPA?

Matahari, bulan, bintang dan alam semesta adalah kurniaan ILAHI yang paling bernilai dan indah buat manusia sejagat. Sebagai manusia, kita jarang sekali melihat semua ini sebagai barang-barang yang bernilai. Duit, Emas, perak dan nama serta pangkat yang dikejar dan diagungkan. Sungguh kerdil dan kurang berpengetahuannya diriku ini.

Imbasan Ingatan Lalu

Sebuah danau yang kotor dan jijik mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Oleh sebab itu lihatlah sesuatu itu dengan pandangan yang positif. 

Jiwa yang suci dan bersih diumpamakan seperti lumpur yang dikotorkan jentolak biadab. 
Kebaikan seseorang yang terlindung oleh sesuatu yang pasti ada penyebab.

Popular Posts