Love and Love / Sayang dan Menyayangi

To love yourself are harder than to love others.

Menyayangi diri sendiri adalah sukar dari menyayangi orang lain.

Friday, February 25, 2011

Jumaat, 5/7/1996

Kehidupan, 
Kehidupan yang ku anggap remeh kerana pemikiran yang remeh-temeh. Kehidupan akan menjadi senang jikalau kita menganggapnya senang dan bersyukur kepada ILAHI. 

Kehidupan mengajar kita erti persahabatan, kasih-sayang, benci, kasihan dan pelbagai rencah perasaan. Diri sendiri dan alam mencorakkan identiti seseorang itu. 

Kehidupan, kesengsaraan adalah salah satu kematangan kehidupan yang harus ditempuh. Jalan yang berliku-liku seharusnya diterima dengan ketabahan dan kesyukuran yang seada-adanya. Keberkatan menjadi pegangan dan ikutan.

Ketakutan, merendah diri dan mementingkan kesempurnaan adalah satu hakikat memusnahkan diri dan pergaulan. 

ALLAH itu Maha Agung, sebagai manusia, saya bersyukur dengan pemberian-Nya tetapi saya, kita sering mengutuk ketentuan-Nya. Sebagai makhluk ciptaan-Nya ADAKAH KITA TIDAK TAHU MENGSYUKURI NIKMAT-NYA?

Didalam diri manusia terbahagi kepada bahagian-bahagian yang banyak tetapi manusia selalu alpa dengan kebahagian yang terpenting itu. Apakah dia, kita sendiri tahu????????????????????? 

Manusia sering meminta-minta segala-galanya daripada ALLAH. kekayaan, kejayaan, kesempurnaan dan semua yang terbaik tetapi tidak pernah meminta supaya kusyuk kepada ALLAH hanya dalam solat 5 waktu sehari semalam.

Kekayaan adalah diri dan peribadi kita sendiri..................

Thursday, February 24, 2011

Isnin, 27 May 1996

Manusia seperti lalang yang ditiup angin. Bergoyang apabila angin bertiup, tegak berdiri apabila tiada angin yang bertiup. Walaupun lembut dan kecil batangnya, ia payah untuk dimatikan dan dirosakkan kecuali dengan menggunakan cara yang tertentu. 

Melentur manusia memerlukan semangat yang kuat. Tersalah melentur padahlah akibatnya. 

Dimatanya kulihat ketakutan yang amat sangat tetapi disebalik ketakutannya itu tersembunyi keberanian dan kekuatan yang akan sampai ke penghujungnya.

Ahad, 4 Februari 1996

Kekalahan membuat kita kuat dan tidak takut kepada kekalahan. Kejayaan membuat kita takut kalah. Ketabahan adalah asas penting untuk kejayaan.

Sabtu 21/09/1995

Seseorang ibu tidak akan mati kerana kehilangan anaknya tetapi terputuslah nyawanya. 
Seseorang anak akan mati kerana kehilangan ibunya melainkan ibunya menolong dan membantunya.

Kadangkala nyawa manusia tidak dinilai walaupun sesama manusia. Kesakitan dinilai dengan ketawa dan jenaka oleh manusia. Laknatlah dia................ 

Kesakitan orang lain adalah kesenangan di matanya. Disebabkan nilai itu sendiri sudah berubah.

Popular Posts